Pemuda PAS Kluang

Monday, August 28, 2006

Ceramah Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke - 49
Penceramah : Ustaz Rozali Jamil Al Hafiz
Tarikh : 30 Ogos 2006
Tempat : Dataran PAS Kampung Paya, Kluang
Masa : 9.00 malam
Semua dijemput hadir.

Monday, August 21, 2006

ANTARA PEKA DAN PEKAK

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara 8 Ogos 2006, di Mutiara FM (95.7 MHz) jam 7.30 pagi.

Baru-baru ini seorang lelaki bertanya kepada saya tentang siapa yang menjuarai Akademi Fantasia. Saya hanya diam, diam dan seterusnya diam. Beliau bertanya soalan yang sama sekali lagi kepada saya maka saya menjawab dalam bahasa Inggeris kepadanya, "I am just not interested to answer your question!"
Tibalah giliran saya untuk bertanya kepadanya, “Apa yang sedang berlaku di Lubnan, Palestin dan Afghanistan. Apa pula yang sedang berlaku kepada umat Islam di Perancis?" Beliau pula diam, diam dan seterusnya diam. Insiden ini menggambarkan tentang senario umat Islam pada hari ini atau satu antara senario umat Islam pada hari ini, iaitu, kita asyik memberi tumpuan kepada perkara yang tidak penting dan mengabaikan perkara yang lebih penting. Kita PEKA dengan perkara yang tidak penting dan PEKAK pada perkara yang penting. Telinga kita amat peka pada perkara yang tidak penting. Pada ketika yang sama, telinga kita yang Allah anugerahkan sebagai pinjaman sementara ini, kita pekakkan untuk mendengar perkara yang penting. Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab sebahagian umat Islam pada hari ini kehilangan identiti. Mereka terkinja-kinja, terlompat-lompat di sana sini dengan identiti yang sebenarnya bukan milik mereka.
Akhirnya umat Islam menjadi golongan yang terpinggir di dunia yang serba mencabar pada hari ini. Inilah antara cabaran umat pada hari ini. Umat ini diberikan permata berlian yang amat bernilai oleh Allah tetapi umat memandangnya sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Umat Islam telah kehilangan identitinya yang sebenar. Senario ini telah diceritakan oleh ramai orang, antaranya, seorang diplomat Austria yang bernama Leopold Weiss. Beliau telah mengkaji Islam dan al-Quran dan akhirnya memeluk agama Islam. Beliau sempat menjelajahi beberapa negara orang Islam dan kemudian menulis beberapa buah buku tentang pengalaman beliau itu. Salah sebuah buku beliau yang terkenal ialah buku yang bertajuk 'Road To Meccah'. Dalam buku itu beliau menegaskan, kekagumannya terhadap Islam bermula selepas beliau mengkaji al-Quran. Beliau mengatakan, "Jika aku melihat kepada perangai dan sikap orang-orang Islam, aku tidak akan meminati Islam. Mujurlah al-Quran telah menyelamatkan aku." Ya, melihat kepada perangai sebahagian umat Islam yang PEKAK tentang agama sendiri menyebabkan sebahagian mereka yang bukan Islam membenci Islam.....
Dua tiga hari yang lepas saya berkesempatan menemui dan berbincang dengan sister Yvonne Ridley yang datang berceramah di Pulau Pinang dari 3-5 Ogos. Beliau juga memeluk Islam selepas mengkaji al-Quran. Suatu yang menarik tentang beliau ialah kepekaan beliau tentang apa yg berlaku ke atas umat Islam pada hari ini. Kepekaan ini menyedarkan beliau tentang kecantikan Islam dan ajarannya. Peribadi seperti ini perlu dicontohi oleh kita umat Islam..
Inilah cabaran kepada kita tuan-tuan dan puan-puan. Kita yang beragama Islam pada hari ini, adakah Islam kita ini sekadar Islam kulit? Tidakkah kita berasa malu bahawa di sudut agama kita Muslim dan Muslimah tetapi di sudut perangai kita jauh daripada perangai yang sepatutnya ada pada seorang Muslim dan Muslimah? Inilah antara persoalan yang perlu kita fikirkan pada hari yang permai ini. Sudah pasti harapan kita bersama ialah dari masa kesemasa kita pertingkatkan diri kita, pertingkatkan iltizam kita untuk memperbaiki dan perangai serta kefahaman kita.
Semoga insya Allah pada masa akan datang jika orang melihat kita orang Islam dengan perangai dan pekertinya yang mengagumkan, mereka akan terus berasa kagum dengan Islam. Janganlah jadi seperti apa yang sedang berlaku pada hari ini, apabila orang melihat perangai kita, mereka terus mencaci agama Islam. Marilah kita sama-sama peka (dan bukan pekak) dengan Islam dan ajarannya.

Monday, August 07, 2006

PASTI Al Ukhuwwah, Kluang
Pendaftaran PASTI Kawasan Kluang untuk tahun 2007 sudah dibuka, sila hubungi nama - nama yang disenaraikan di bawah untuk membuat pendaftaran atau pertanyaan.
Nizahullail bin Omar
Pengerusi 013-7073850
Cikgu Latipah binti Omar
Ketua Guru 019-7563039

Wednesday, August 02, 2006

Kenyataan Media : BENARKAH SYARIKAT ECM LIBRA AVENUE TERLIBAT DENGAN KEPENTINGAN YANG DIMILIKI OLEH SYARIKAT-SYARIKAT REJIM ISRAEL?


Kenyataan Media : BENARKAH SYARIKAT ECM LIBRA AVENUE TERLIBAT DENGAN KEPENTINGAN YANG DIMILIKI OLEH SYARIKAT-SYARIKAT REJIM ISRAEL?Posted by : jitdpp on Wednesday, August 02, 2006 - 11:08 AM


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mencabar Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia supaya mendedahkan segera senarai nama-nama individu dan syarikat yang berkepentingan menyokong regim Israel di dalam syarikatnya iaitu Syarikat ECM Libra Avenue sebelum beliau berlagak menjadi juara untuk mendedahkan senarai jenama produk serta syarikat antarabangsa yang turut beroperasi di negara ini yang dikenalpasti menyalurkan bantuan kewangan kepada regim Israel.
DPP Pusat memandang serius terhadap Syarikat ECM Libra Avenue yang mempunyai kepentingan di dalam Syarikat Pantai Holdings yang telah dimiliki oleh Syarikat Parkway Holdings daripada Singapura pada 26 Mei 2005 yang lalu. Syarikat ECM Libra Avenue yang memegang 29.2% kepentingan dalam Syarikat Westcombe yang mana sebuah syarikat yang disenaraikan dalam SGX (Bursa Saham Singapura). Khairy Jamaluddin adalah pemegang saham ke 4 terbesar dalam Syarikat ECM Libra Avenue yang sekaligus adalah terbabit dalam hal Syarikat ECM Libra Avenua untuk menasihati Syarikat Newbridge yang sebuah syarikat milik Israel.
Salah seorang pemegang saham daripada Syarikat Parkway Holdings adalah orang yang bernama Richard C. Blum seorang warganegara Amerika Syarikat. Manakala isteri kepada Richard C. Blum adalah Senator California, Dianne Feinstein yang mana adalah pelobi kepada rejim Israel. Manakala penglibatan Richard C. Blum juga didalam beberapa syarikat dan badan seperti CB Richard Ellis Group, CB Richard Ellis Group, Richard C. Blum & Associates, Blum Capital Partners, L.P., Northwest Airlines Corporation, Glenborough Realty Trust Incorporated, URS Corporation, Playtex Products dan Newbridge Capital LLC.
Manakala Syarikat Newbridge kemudiannya membeli 26% kepentingan dalam Syarikat Parkway Holdings bernilai S$ 312. Sementara Syarikat Avenue Kapital (syarikat GLC) yang bertanggungjawab menguruskan penjualan Syarikat Pantai Holdings kepada Syarikat Parkway Holdings, Syarikat Westcombe Financial Ptd. Ltd. pula dipercayai menasihati Syarikat Newbridge dalam pengambilalihan ini.
Adakah syarikat yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin iaitu Syarikat ECM Libra Avenue juga terlibat di dalam membantu rejim Israel? Apakah tindakan Pergerakan Pemuda UMNO terhadap Syarikat ECM Libra Avenue yang menyokong rejim Israel ini? Adakah agen rejim Israel berada di dalam Syarikat ECM Libra Avenue ini untuk menyokong tentera Israel yang membunuh rakyat Palestin dan Lubnan?
DPP Pusat meminta supaya rakyat jangan tertipu dengan Khairy Jamaluddin yang kononnya ingin menjadi jaguh kampung dengan bantahan yang telah beliau ketuai sebelum ini pada minggu yang lalu.
Y.B SALAHUDDIN AYUB
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat