Pemuda PAS Kluang

Wednesday, August 02, 2006

Kenyataan Media : BENARKAH SYARIKAT ECM LIBRA AVENUE TERLIBAT DENGAN KEPENTINGAN YANG DIMILIKI OLEH SYARIKAT-SYARIKAT REJIM ISRAEL?


Kenyataan Media : BENARKAH SYARIKAT ECM LIBRA AVENUE TERLIBAT DENGAN KEPENTINGAN YANG DIMILIKI OLEH SYARIKAT-SYARIKAT REJIM ISRAEL?Posted by : jitdpp on Wednesday, August 02, 2006 - 11:08 AM


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mencabar Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia supaya mendedahkan segera senarai nama-nama individu dan syarikat yang berkepentingan menyokong regim Israel di dalam syarikatnya iaitu Syarikat ECM Libra Avenue sebelum beliau berlagak menjadi juara untuk mendedahkan senarai jenama produk serta syarikat antarabangsa yang turut beroperasi di negara ini yang dikenalpasti menyalurkan bantuan kewangan kepada regim Israel.
DPP Pusat memandang serius terhadap Syarikat ECM Libra Avenue yang mempunyai kepentingan di dalam Syarikat Pantai Holdings yang telah dimiliki oleh Syarikat Parkway Holdings daripada Singapura pada 26 Mei 2005 yang lalu. Syarikat ECM Libra Avenue yang memegang 29.2% kepentingan dalam Syarikat Westcombe yang mana sebuah syarikat yang disenaraikan dalam SGX (Bursa Saham Singapura). Khairy Jamaluddin adalah pemegang saham ke 4 terbesar dalam Syarikat ECM Libra Avenue yang sekaligus adalah terbabit dalam hal Syarikat ECM Libra Avenua untuk menasihati Syarikat Newbridge yang sebuah syarikat milik Israel.
Salah seorang pemegang saham daripada Syarikat Parkway Holdings adalah orang yang bernama Richard C. Blum seorang warganegara Amerika Syarikat. Manakala isteri kepada Richard C. Blum adalah Senator California, Dianne Feinstein yang mana adalah pelobi kepada rejim Israel. Manakala penglibatan Richard C. Blum juga didalam beberapa syarikat dan badan seperti CB Richard Ellis Group, CB Richard Ellis Group, Richard C. Blum & Associates, Blum Capital Partners, L.P., Northwest Airlines Corporation, Glenborough Realty Trust Incorporated, URS Corporation, Playtex Products dan Newbridge Capital LLC.
Manakala Syarikat Newbridge kemudiannya membeli 26% kepentingan dalam Syarikat Parkway Holdings bernilai S$ 312. Sementara Syarikat Avenue Kapital (syarikat GLC) yang bertanggungjawab menguruskan penjualan Syarikat Pantai Holdings kepada Syarikat Parkway Holdings, Syarikat Westcombe Financial Ptd. Ltd. pula dipercayai menasihati Syarikat Newbridge dalam pengambilalihan ini.
Adakah syarikat yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin iaitu Syarikat ECM Libra Avenue juga terlibat di dalam membantu rejim Israel? Apakah tindakan Pergerakan Pemuda UMNO terhadap Syarikat ECM Libra Avenue yang menyokong rejim Israel ini? Adakah agen rejim Israel berada di dalam Syarikat ECM Libra Avenue ini untuk menyokong tentera Israel yang membunuh rakyat Palestin dan Lubnan?
DPP Pusat meminta supaya rakyat jangan tertipu dengan Khairy Jamaluddin yang kononnya ingin menjadi jaguh kampung dengan bantahan yang telah beliau ketuai sebelum ini pada minggu yang lalu.
Y.B SALAHUDDIN AYUB
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home