Pemuda PAS Kluang

Thursday, June 29, 2006

Benarkah dakwaan ‘Jom Heboh’ di Kelantan: Banyak Lagi Yang Dulunya Haram Akan Di Halalkan

PakNgah menulis "Akhir-akhir ini media massa arus perdana yang dikuasai oleh UMNO terus menyerang kerajaan Kelantan pimpinan ulama'. Salah satu daripadanya ialah tajuk utama dalam akhbar perdana seperti 'Jom Heboh' di Kelantan: Banyak Lagi Yang Dulunya Haram Akan Dihalalkan sedang di manupulasi oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan terutama pilihanraya umum yang di jangka pada penghujung tahun 2007 atau awal tahun 2008. Ini bersempena dengan sambutan ulangtahun pertama Kota Bharu bandaraya Islam yang menimbulkan sedikit polemik semasa MB kelantan menjemput Mawi dalam konsert tautan kasih sempena peristiharan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam.
Penerimaan dikalangan ahli-ahli PAS juga di dalam isu hiburan juga berbelah bahagi, ada yang menyokong dan ada yang membantah. Isu hiburan ini dijangka bakal bergema kembali jika kerajaan Kelantan membenarkan TV3 mengadakan karnival 'Jom Heboh' pada sambutan kali ini.
Walaupun kerajaan Kelantan telah menyatakan keterbukaannya dalam isu ini bahawa 'Jom Heboh' boleh diadakan tetapi dengan syarat-syarat yang dibenarkan oleh kerajaan Kelantan, isu ini tetap dimainkan oleh media arus perdana kononya PAS melakukan ini semua untuk survival politiknya sahaja bagi menarik sokongan golongan muda.
Pada pendapat penulis, jika kerajaan kelantan tak buat macam tu 'Jom Heboh' tetap juga dibuat dinegeri2 di luar kelantan. Jadi adalah lebih baik jika Kelantan membenarkan karnival 'Jom Heboh' biarlah ia menepati bentuk hiburan yang dibenarkan oleh syarak. Semoga ia akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain secara amali/praktrikalnya macamana hiburan yang dibolehkan dalam Islam.Tabiat semulajadi remaja sukakan hiburan. Kena ada alternatif untuk mereka.Kalau kita lihat sejarah penyebaran Islam di nusantara, Sejarah walisongo itu sendiri. Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat difahami masyarakat Jawa, iaitu nuansa Hindu dan Buddha, kehadiran Walisongo mempunyai peranan yang unik dalam penyebaran Islam di Indonesia jika dibandingkan dengan para ulama yang lain.Kita kena ingat kehadiran walisongo menandakan berakhirnya dominasi Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara. Kesemua wali tersebut adalah simbol penyebaran agama Islam di Indonesia terutama di Jawa. Mereka memainkan peranan yang cukup besar dalam mendirikan kerajaan Islam di Jawa.Contoh kedua seorang ulama' yang memperkenalkan gambus iaitu Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani ad-Daghistani yang berasal dari Makkah. Menurutnya jenis seni ada dua macam. Yang pertama adalah dicela oleh syarak dan kedua yang dibolehkan.Syeikh Mahmud Syarwani juga ialah seorang ahli dalam kesenian gambus dan lagu-lagu Arab yang bercorak puji-pujian yang biasa digunakan oleh ahli sufi.Lagu-lagu yang terdapat dalam permainan gambus iaitu yang bercorak pujian-pujian kepada Allah, selawat dan lain-lain sejenisnya adalah dibolehkan dalam Islam.
Semoga langkah kerajaan Kelantan akan dapat meluaskan lagi penyebaran dakwah terutama di kalangan remaja dan muda-mudi di Negara ini.
Wassallam..

Tuesday, June 27, 2006

Mahathir: Yang Tersurat Dan Tersirat

kadirabadi menulis "Cuba semua yang berfikiran rasional teliti perkara yang saya ingin huraikan. Saya bukan tukang ramal dan juga bukan cendikiawan, tapi fikirkan...Apa yang Mahadey tempekkan kebelakangan ini adalah satu muslihat untuk menutup pekongnya dan mengalihkan pandangan orang.
Dia cuba buat kecoh pada kepimpinan Pak Lah agar jentera kerajaan kelam-kabut.Cuba kita kaji perkara-perkara yang sedang berlaku yang mungkin akan mengugat Mahadey:
1. Kes saman DSAI terhadap beliau
2. Kes 'Projek M' di Sabah
3. Kes pembayaran 'rasuah' di Amerika untuk menemui Bush
Nampaknya pihak perundangan sekarang sudah berani untuk bertindak dan Pak Lah seolah-olah mengakakkannya berlaku. Ini sudah pasti membuat Mahadey 'panas' dan mengelabah sebab ada kemunginan dia akan disabit kesalahan.Dengan kemungkinan perkara yang tidak dijangka berlaku, adalah lebih baik kita semua berwaspada dan elakkan dari terjurumus dengan rancangan Mahadey ini.Allahuwa'alam "

Monday, June 26, 2006

Bila Tentera Allah Telah Tiba

annas menulis

bila tentera Allah telah tiba
semuanya berlari dan terus berlari
cuba menyelamatkan diri sepenuh hati
hingga lucut dan hilang harga diri
penuh ketakutan dan kegelisahan
kerana maut semakin menghampiri


tanpa belas-kasih tanpa simpati
merobek seluruh tubuh yang sudah lama berkarat
bergelumang dengan dosa-dosa yang tak terhitung lagi
merana dan meratap pilu
hina dan merempat dalam warna kehitaman
semuanya sudah terlambat
alangkah ruginya diri

maut semakin mendekati
nak lari kemana lagi
cubalah.....
pasti kecundang
menangis lara penuh kekesalan
alahai..ruginya,kenapa dulu tak nak berubah ?
memperhambakan diri pada Allah yang esa
menjalankan satu amanah
berlandaskan Alquran dan Sunnah
menjulang panji kebenaran Islam
sepenuh jiwa raga

nak lari...
larilah sepuas hati sekuat tenaga
bisakah ?
atau diri sudah uzur dan semakin tenat
penuh lara terdampar dalam sejuta kekesalan
yang sudah tak berguna lagi

cuba pandang pada diri
sudah kah kita bersiap sedia ?
menghadapi sakitnya maut
tak kira masa tak kira waktu
pasti akan tiba
semuanya akan pergi
tinggal segalanya

diri
cubalah sedar dari segala lamunan
memperbaiki segala kesilapan
memperbanyakan segala amalan
penuh iman dan ketakwaan
penuh kasih dan keikhlasan
sepenuh kekuatan
sebelum ajal tiba
pada bila-bila masa dari sekarang...

www.tranungkite.net



Thursday, June 22, 2006


Ceramah Umum
YB Salahuddin bin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan
Tempat
Dataran PAS Kampung Paya, Kluang
Tarikh
24 Jun 2006
Semua dijemput hadir

Tuesday, June 20, 2006

4 Perkara Dalam 4 Perkara...

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah s.a.w tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah s.w.t tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.
- Imam Al-Ghazali -

Monday, June 19, 2006

Malam Pertama Setiap Insan...

azizah menulis "

Assalamualaikum

Di antara kata-kata Rasulullah pada setiap kali baginda berkhutbah " Aku tinggalkan tempat tidurku pada suatu hari. Lalu keheningan kubur menghampiriku pada malam pertama. Demi Allah, apakah yang berlaku ?".
Membayangkan malam pertama di dalam kubur, para ulamak akan menangis dan orang-orang bijak akan mengeluh. apa tidaknya kita sedang berada di dua persimpangan dan di dua dunia yang amat berbeza. Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap gulita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan berbantalkan tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Oleh itu beramallah dan ingatlah kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR. "

Kisah Empat Isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...
www.mymasjid.com.my

Kisah tadika.. ????????

azizah menulis "Salam. Sekadar berkongsi email yg saya terima. Jika benar, dijadikan sempadan dan jika tidak, usah pedulikan.Saudara/saudari sekelian,Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di Tadika Smartkids sekarang ini di tukar nama kepada JC Kindergarten (JCmaksudnya Jesus) ini diakui sendiri oleh pemilik ini. Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia.Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang gurumelayu Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau ditekan dan dipaksa menganut agama kristian. Beliau akhirnyamengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja,beliau diugut dengan kata "nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat". Perkara ini telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya.Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan guru yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru tadika.Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam. Maka kita kena extra precaution. Takut lah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor yg besar dari badan2 tertentuCINTAI ISLAM - artikel ini bertarikh 31 mei 2006"
www.tranungkite.net

Thursday, June 15, 2006

Ribut Pasir !
















Ribut pasir !
Gambar diambil oleh seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Sudan. Posted by Picasa

Posted by Picasa













Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan membuat lawatan ke sebuah pusat pertanian di Kluang pada 14 Jun 2006. Turut mengiringi beliau ialah YB Dr Ramli bin Mohd Kari, ADUN Senggarang dan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Wednesday, June 14, 2006

BALING BATU : Apakah Kenyataan Presiden PAS Mengancam Keselamatan Negara?

Bagaikan menanti peluang terbuka, Presiden PAS ketika ini telah diserang dengan bertubi-tubi sejurus selepas berakhirnya Muktamar PAS yang diadakan di Kompleks PAS Kedah baru-baru ini. Semuanya gara-gara membenarkan ahli PAS mengadakan dan mengikuti demonstrasi atau himpunan aman yang dianjurkan oleh PAS.

Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dalam kenyataannya menyebut bahawa PAS akan terus mengadakan demonstrasi jalanan sebagai saluran untuk menyuarakan pendapat. Persoalan membaling batu sebagai satu contoh yang dibayangkan kepada umum bukanlah satu perkara yang serius untuk dilakukan. Selama ini pun, demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS berlansung secara aman tanpa menyebabkan kecederaan atau kematian namun himpunan aman ini akan menjadi kelam-kabut dan kacau-bilau apabila mula diganggu oleh pihak keselamatan.

Setiap kali penyokong PAS disepak, dipukul, diterajang dan dipijak, adakah mereka akan bertindak balas?. Lihatlah berapa banyak darah yang mengalir menyimbah bumi baru-baru ini apabila rakyat yang tidak berdosa dipukul dalam himpunan aman anjuran PROTES.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
sangat kesal dengan kenyataan yang disiarkan di dalam Berita Harian pada 11 Jun 2006 bertajuk “Hadi Ancam keselamatan” yang menyebut bahawa kenyataan Presiden PAS mengancam keselamatan dan ekonomi negara sehingga ada yang mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuklah menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

DPPNJ tidak menyokong tindakan membaling batu tetapi kalaulah kenyataan seperti ini pun hendak disumbat ke dalam ISA yang zalim itu, maka sememangnya demokrasi di dalam negara kita telah berjaya dihancurkan oleh UMNO/BN. Sesiapa sahaja yang menentang ataupun tidak bersetuju dengan UMNO/BN sumbat sahaja ke dalam ISA.

Namun begitu, DPPNJ melihat bahawa kenyataan Presiden PAS semasa kenyataan media bersama pemberita selepas selesai muktamar PAS baru-baru ini adalah merupakan satu strategi untuk mewujudkan perbincangan soal demokrasi di Malaysia sejajar dengan tema ucapan dasar “PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM”. Andaikata isu melontar batu ini tidak disebut maka rakyat tidak sedar bahawa sememangnya demokrasi di Malaysia telah dirosakkan oleh UMNO.

Setidak-tidaknya rakyat Malaysia menyedari bahawa PAS sanggup untuk menghadapi risiko untuk kebenaran dan hak rakyat.

Sekian,
wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/