Pemuda PAS Kluang

Thursday, June 29, 2006

Benarkah dakwaan ‘Jom Heboh’ di Kelantan: Banyak Lagi Yang Dulunya Haram Akan Di Halalkan

PakNgah menulis "Akhir-akhir ini media massa arus perdana yang dikuasai oleh UMNO terus menyerang kerajaan Kelantan pimpinan ulama'. Salah satu daripadanya ialah tajuk utama dalam akhbar perdana seperti 'Jom Heboh' di Kelantan: Banyak Lagi Yang Dulunya Haram Akan Dihalalkan sedang di manupulasi oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan terutama pilihanraya umum yang di jangka pada penghujung tahun 2007 atau awal tahun 2008. Ini bersempena dengan sambutan ulangtahun pertama Kota Bharu bandaraya Islam yang menimbulkan sedikit polemik semasa MB kelantan menjemput Mawi dalam konsert tautan kasih sempena peristiharan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam.
Penerimaan dikalangan ahli-ahli PAS juga di dalam isu hiburan juga berbelah bahagi, ada yang menyokong dan ada yang membantah. Isu hiburan ini dijangka bakal bergema kembali jika kerajaan Kelantan membenarkan TV3 mengadakan karnival 'Jom Heboh' pada sambutan kali ini.
Walaupun kerajaan Kelantan telah menyatakan keterbukaannya dalam isu ini bahawa 'Jom Heboh' boleh diadakan tetapi dengan syarat-syarat yang dibenarkan oleh kerajaan Kelantan, isu ini tetap dimainkan oleh media arus perdana kononya PAS melakukan ini semua untuk survival politiknya sahaja bagi menarik sokongan golongan muda.
Pada pendapat penulis, jika kerajaan kelantan tak buat macam tu 'Jom Heboh' tetap juga dibuat dinegeri2 di luar kelantan. Jadi adalah lebih baik jika Kelantan membenarkan karnival 'Jom Heboh' biarlah ia menepati bentuk hiburan yang dibenarkan oleh syarak. Semoga ia akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain secara amali/praktrikalnya macamana hiburan yang dibolehkan dalam Islam.Tabiat semulajadi remaja sukakan hiburan. Kena ada alternatif untuk mereka.Kalau kita lihat sejarah penyebaran Islam di nusantara, Sejarah walisongo itu sendiri. Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat difahami masyarakat Jawa, iaitu nuansa Hindu dan Buddha, kehadiran Walisongo mempunyai peranan yang unik dalam penyebaran Islam di Indonesia jika dibandingkan dengan para ulama yang lain.Kita kena ingat kehadiran walisongo menandakan berakhirnya dominasi Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara. Kesemua wali tersebut adalah simbol penyebaran agama Islam di Indonesia terutama di Jawa. Mereka memainkan peranan yang cukup besar dalam mendirikan kerajaan Islam di Jawa.Contoh kedua seorang ulama' yang memperkenalkan gambus iaitu Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani ad-Daghistani yang berasal dari Makkah. Menurutnya jenis seni ada dua macam. Yang pertama adalah dicela oleh syarak dan kedua yang dibolehkan.Syeikh Mahmud Syarwani juga ialah seorang ahli dalam kesenian gambus dan lagu-lagu Arab yang bercorak puji-pujian yang biasa digunakan oleh ahli sufi.Lagu-lagu yang terdapat dalam permainan gambus iaitu yang bercorak pujian-pujian kepada Allah, selawat dan lain-lain sejenisnya adalah dibolehkan dalam Islam.
Semoga langkah kerajaan Kelantan akan dapat meluaskan lagi penyebaran dakwah terutama di kalangan remaja dan muda-mudi di Negara ini.
Wassallam..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home